PENGUMUMAN

Permohonan untuk LOT NIAGA, BAZAR NIAGA dan BOOTH NIAGA sempena AeroCarnival Niaga IV UniKL MIAT telah DITUTUP. Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program anjuran pihak kami. Harap maklum.

Selasa, 11 Oktober 2011

Peluang Perniagaan AeroCarnival IV UniKL MIAT



Sempena Program AeroCarnival IV, UniKL MIAT menjemput sesiapa sahaja yang ingin menambahkan pendapatan dengan menyertai AEROCARNIVAL NIAGA yang mana sebelum ini banyak membantu siswaniaga, usahawan kecil dan sederhana serta mereka yang baru berjinak untuk memulakan perniagaan.


Program AeroCarnival IV menerima lebih seribu pengunjung yang terdiri dari murid-murid pelbagai sekolah, pelajar UniKL, kakitangan UniKL dan penduduk sekitar Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Bangi dan kawasan berdekatan.


Tarikh    : 22 dan 23 Oktober 2011 (Sabtu dan Ahad)
Masa      : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  : Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology


Berikut maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan yang disediakan untuk AeroCarnival Niaga:

Kategori Perniagaan.
(1) Bazar Niaga : 10 x 20 / 8 unit (TEMPAHAN TELAH DITUTUP)
(2) Booth Niaga : 10 x 10 / 5 unit (TEMPAHAN TELAH DITUTUP)
(3) Lot Niaga : 6 x 6 / 5 unit (TEMPAHAN TELAH DITUTUP)

Jenis Jualan.
(1) Makanan dan Minuman : Bazar Niaga
(2) Makanan Kering & Ringan : Bazar Niaga / Booth Niaga / Lot Niaga
(3) Cenderamata & Hiasan : Bazar Niaga / Booth Niaga
(4) Pakaian & Aksesori : Bazar Niaga / Booth Niaga
(5) Lain-lain : Bazar Niaga / Booth Niaga / Lot Niaga

Kadar Sewa.
(1) Bazar Niaga   : RM100 (Siswaniaga, Pelajar UniKL, Kakitangan UniKL)
                             RM150 (Orang Ramai, Institusi, Syarikat)
(2) Booth Niaga   : RM400 (Siswaniaga, Pelajar UniKL, Kakitangan UniKL)
                             RM500 (Orang Ramai, Institusi, Syarikat)
(3) Lot Niaga       : RM50 (Semua)

* Deposit RM50.00 dikenakan untuk kategori perniagaan diatas. Deposit ini akan dikembalikan sekiranya peniaga mematuhi syarat yang tertakluk.


Konsep Jualan.
Menggunakan sistem kupon (bagi pelajar sekolah) dan wang tunai.
Kupon boleh ditebus dengan wang ringgit pada hari program iaitu 23 Oktober 2011 jam 5.00 petang di kaunter urusetia.

Cara Untuk Memohon AeroCarnival Niaga

Mudah sahaja, sila rujuk dan fahami langkah-langkah permohonan berikut:
  1. Sila isi BORANG PERMOHONAN AEROCARNIVAL NIAGA di bawah. Pastikan segala butir yang diperlukan diisi dengan lengkap dan betul.
  2. Klik pada SUBMIT setelah borang lengkap diisi.
  3. Sila tunggu PENGESAHAN EMAIL dari pihak admin AeroCarnival Niaga dalam masa 24 jam.
  4. PEMBAYARAN boleh dibuat setelah menerima pengesahan email dalam masa 24 jam. Langkah pembayaran akan diterangkan di dalam email tersebut.
  5. Setelah pembayaran dibuat, peniaga PERLU MELAMPIRKAN BUKTI PEMBAYARAN kepada pihak admin melalui email.
  6. Sila tunggu PENGESAHAN PENERIMAAN PEMBAYARAN & PENGESAHAN PERNIAGAAN dari pihak admin dalam masa 24 jam dari waktu transaksi.
  7. Selesai. Sila bawa SALINAN EMAIL PENGESAHAN semasa hari program berlangsung.
* Sebarang kemusykilan boleh hubungi Salihin (014-3616423) atau Zainol (019-4457443) atau Aisyah (013-3068622) dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang atau email kepada aeroniaga@gmail.com


PERHATIAN! Syarat-syarat AeroCarnival Niaga.

  • Kadar sewa Bazar Niaga, Booth Niaga dan Lot Niaga adalah termasuk Yuran Kebersihan dan sepanjang program iaitu selama 2 hari.
  • Deposit RM50.00 dikenakan kepada semua kategori perniagaan. Deposit akan dikembalikan pada hari terakhir program jam 5.00 petang dikaunter pihak penganjur. Peniaga boleh menuntut deposit dalam masa 14 hari dari tarikh program dan sekiranya tidak dituntut dalam masa tersebut, wang deposit tidak akan dikembalikan.
  • Deposit akan dikembalikan sekiranya peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur berada dalam keadaan baik dan kawasan tapak niaga dalam keadaan bersih.
  • Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peniaga membatalkan tempahan yang telah dibuat.
  • Peniaga hendaklah menjaga kebersihan tempat niaga sepanjang program dan keselamatan peralatan serta bahan niaga adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak peniaga dan bukan pihak penganjur.
  • Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecelakaan atau perkara yang tidak diingin samada secara langsung atau tidak langsung adalah dibawah tangungan serta tanggungjawab peniaga.
  • Peniaga hendaklah sentiasa mematuhi arahan dan peraturan sepanjang program berlangsung. Segala bentuk undang-undang atau penalti yang dikenakan samada dari pihak berkuasa tempatan atau pihak penganjur, peniaga perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
  • Peniaga hanya dibenarkan berada dikawasan UniKL MIAT hanya pada hari program dan waktu diantara 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Berada di kawasan UniKL MIAT tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.
  • Peniaga perlu bersedia terhadap semua perubahan (dari segi kedudukan tempat niaga) dari pihak penganjur
  • Sekiranya peniaga tidak mematuhi kesemua syarat dan peraturan yang termaktub, pihak penganjur boleh menarik balik kelulusan sewaan tapak niaga serta-merta dan kadar sewa serta deposit tidak akan dikembalikan. 



Borang Permohonan Aerocarnival Niaga

Nama:
Email (PENTING!):
No Kad Pengenalan:
No Telefon:
Nama Perniagaan:
Alamat:
Kategori Perniagaan Bazar Niaga
Booth Niaga
Lot Niaga
Saya Adalah: Pelajar UniKL MIAT
Pelajar UniKL
Alumni UniKL
Kakitangan UniKL
Orang Luar
Institusi
Syarikat
Tempoh Pembayaran: 24 jam setelah menerima pengesahan email
48 jam setelah menerima pengesahan email
Cara Pembayaran: CIMB
Maybank
Bank Islam
Lain-lain
Pernah Menyertai Program Usahawan Anjuran Universiti Kuala Lumpur? Ya
Tidak

Saya memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan. Kegagalan mengikut langkah dan arahan yang diberikan akan membuatkan permohonan saya terbatal. Kelewatan membuat pembayaran akan menyebabkan permohonan saya ditolak.


Get your own free form like this one.